Rabu, 15 Januari 2014

Assalamualikum...

Buat pertama kalinya saya berbloging, so just nak try kongsikan resepi iaitu Cheese tart bluberry.Sebenarnya saya memang suka makan cheesetart,dan mungkin orang dekat luar sana pon peminat cheese tart macam saya,anak2 pon suka makan,tapi tak tahu macam mana nak buat. Jadi di sini ada resepinya.....


                                        gambar ni ambil dari encik google..tak sempat nak snap
                                                    gambar sendiri,lebih kurang la....

Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula icing 
1 biji telur Gred C (kalau nak guna telur Gred B, buang sedikit telur putihnya untuk menggelakkan crust menjadi keras).
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
 acuan tart

yang atas tu bahan-bahannya ok...
jom tengok cara-cara nak buat pulak...

Cara-cara :

  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu.(Jagan putar lama sangat ye).
  2. Masukkan telur dan esen vanilla.Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh ke dalm plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman. 
  5. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. Bakar pada suhu 170oC  selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
  6. Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

Sediakan filling yang kita suka. Kita boleh gunakan bluebery, strawberry, coklat, kiwi, oren  atau jam nenas untuk filling cheese tart ni. Bahan-bahan untuk filling ni kita boleh dapatkan dekat kedai yang menjual bahan2 kuih dan kek. Ataupun kalau rajin boleh buat sendiri.
Masukkan filling tu dalam piping bag untuk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.

Bila dah siap filling tu,ketepikan dan masa untuk sediakan pula bahan2 membuat cheesenya pulak...

Cheese
 
Bahan-bahan :
 250gm cream chees
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Gred B
1/2 sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-caranya :
  1. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JAGAN biarkan cream cheese mencapai ke susu bilik.
  2. Putar craem cheese dan gula hingga berkrim.
  3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

cara menyediakan blueberry cheese tart dan buat lorekan..

Cara menyediakan :
  1. Masukkan filling blueberry ke dalam kulit tart. Untuk memudahkan kita menggunakan kaedah yg sama untuk meletakkan filling tadi. Dimana masukkan adunan cream cheese tadi dalam piping bag dan picitkan di atas filling dalam sheel tadi. Leta penuh supaya ia cantik membuncit.
  2. Kemudian boleh lah kita mula prosestuk meloret atas cheese tat tadi.
Cara buat lorekan :
  1. Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarnab yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk meloret dilakukan ketika cheese tadi masih lembut . Jagan biarkan cheese terlalu lama nanti ia akan mengering dan proses meloret tidak secantik yg kita inginkan.
  2. Dengan menggunakan lidi, buat garis kcil di bahagian tepi.
  3. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik.
  4. Kemudian dengan menggunakan bahagian yg tajam, tarik dripda atas ke bawah dalam bentuk bulatan bagi mendapatkan bentuk tersebut.
  5. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya relah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi. Bakar api atas bawah tapi letak dekat rak bawah. 
  Untuk resepi ni, 1 adunan shell dapat menghasilkan dalam 40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.
Untuk menstabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan